Contact Form

 

Ada apa di Istana Negeri, rumah Shafie Apdal?


KOTA KINABALU : Dua lokasi menjadi tumpuan pengamal media di negeri ini buat masa ini, Istana Negeri dan kediaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini. Pengamal media telah mula berkampung di dua lokasi berkenaan seawal jam 9 pagi. Terdahulu Mohd Shafie tiba di perkarangan Istana Negeri kira-kira jam 10 pagi, dipercayai untuk mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahuruddin. Bagaimanapun beliau tidak dibenarkan masuk ke laluan menuju ke Istana Negeri yang dikawal pasukan keselamatan. Beliau kemudian beredar daripada lokasi berkenaan dan dijangka kembali selepas mendapat kebenaran pihak istana dan pasukan keselamatan. Sementara itu, dua pemimpin Barisan Nasional (BN) juga dikhabarkan berada di kediaman Mohd Shafie pagi tadi. Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditemani Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin tiba sekitar jam 11.30 pagi. Kelibat dua pemimpin parti komponen BN itu sekaligus menimbulkan spekulasi kemungkinan kerjasama parti itu dengan pakatan Warisan, PKR dan DAP. Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau & Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin dilihat berada di kediaman Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekitar jam 11.35 pagi tadi @501Awani #MalaysiaMemilih #Sabah — Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) May 10, 2018 UPKO ada lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen di Sabah. Buat masa ini, Pakatan pembangkang itu kekurangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan ekoran hanya mendapat 29 kerusi. BN di Sabah juga meraih 29 kerusi, sekaligus menjadikan kerajaan negeri berada dalam keadaan tergantung. Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang memiliki dua daripada 60 kerusi DUN, setakat ini belum menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.




KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penyokong semua parti politik di Sabah, supaya bertenang berikutan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang masih diumumkan. Beliau menyeru penyokongnya supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. "Bertenang dan bersabar. Jangan buat sebarang tindakan (yang bertentangan dengan undang-undang)," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini, malam ini. Beliau berkata difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan kiraan semula undi di beberapa kerusi di Sabah dan sebab itu belum diumumkan keputusan rasminya. -- BERNAMA




KOTA KINABALU: Rombongan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebentar tadi tiba di pekarangan Istana Negeri di sini, dipercayai bagi mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd Shafie yang menaiki Toyota Land Cruiser berwarna hitam tiba pada jam 10.10 pagi namun tidak dibenarkan masuk ke laluan menuju ke istana oleh polis yang mengawal laluan terbabit diketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid.

Kenderaan membawa Mohd Shafie bersama rombongannya kemudian berlegar-legar di sekitar laluan berkenaan, sebelum beredar.

Terdahulu, beliau keluar dari kediamannya di Bukit Padang di sini, pada jam 10.05 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pemimpin WARISAN, PKR dan DAP.

Ahli Parlimen Semporna dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu hanya berkata `it's good to be humble' (merendah diri adalah baik) kepada media yang cuba mendapatkan ulasan beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau pergi ke Istana Negeri, Mohd Shafie sambil tersenyum menjawab beliau mahu terbang ke bulan.

Pembentukan kerajaan baharu Sabah genting apabila parti komponen BN dan pakatan WARISAN bersama DAP dan PKR masing-masing terikat 29 kerusi.

Baki dua daripada 60 kerusi DUN lagi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, namun setakat ini parti itu belum menyatakan pendirian untuk menyokong mana-mana pihak sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk.

Difahamkan, Mohd Shafie akan kembali ke istana selepas mendapat kebenaran daripada pihak istana dan keselamatan.

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply