Contact Form

 

Peristiwa Israk Mikraj Teladan Dalam Kehidupan Seharian


Write CSS OR LESS and hit save. CTRL + SPACE for auto-complete.


Home > Bahasa Melayu

Peristiwa Israk Mikraj Teladan Dalam Kehidupan Seharian

DAIE' Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Hilman bin Haji Salim yang juga Pengasas Bersama Al-Minhaaj Centre semasa menyampaikan tazkirahnya pada Majlis Ceramah sempena Israk dan Mikraj 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

April 14th, 2018 | 11:28 AM | 33 views

TUTONG

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penuh rahmat kepada seluruh umat manusia di mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menunjukkan bukti kebesaran, kekuasaan dan keagungan-Nya dengan memperjalankan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memperlihatkan Baginda beberapa kejadian yang mana setiap kejadian itu boleh dijadikan iktibar dan pedoman hidup.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengasas Bersama Al-Minhaaj Centre, Daie' Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Hilman bin Haji Salim dalam tazkirahnya pada Majlis Ceramah sempena Israk dan Mikraj 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, di sini.

Menurut Awang Hilman, Israk ertinya perjalanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis manakala Mikraj pula ertinya dinaikkan ke langit tertinggi, iaitu dari Baitul Maqdis sampai ke Sidratul Muntaha di mana perjalanan Baginda ditemani oleh malaikat Jibril dengan mengendarai Buraq.

Jelasnya lagi, peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi pelbagai pengajaran dan anugerah, salah satu anugerah yang dimaksudkan ialah bila mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menerima perintah untuk melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam.

Ceramah yang berlangsung sejurus selesai sembahyang Fardu Jumaat tersebut antara lain bertujuan untuk memperingati hari-hari kebesaran Islam khususnya mengingati peristiwa perjalanan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping mengambil pengajaran dan menghayati peristiwa tersebut sebagai teladan untuk diimplementasikan dalam kehidupan seharian.

Source:

Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at pr@brudirect.com


Pada setiap 27 haribulan Rejab menurut kalendar Islam, umat Islam akan meraikan perisitwa Israk Mikraj. Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa yang berlaku melibatkan Rasulullah melalui turunnya Malaikat Jibrail. Jom kita belajar serba sedikit tentang peristiwa Israk Mikraj.

1. Peristiwa Israk Mikraj berlaku setiap 27 Rejab setiap tahun.

2. Peristiwa itu berlaku pada tahun 721, selepas berlakunya dua peristiwa besar dalam kehidupan Rasulullah.

3. Rasulullah saw. kematian pakciknya iaitu Abu Talib yang dianggap sebagai ayah oleh Rasulullah.

4. Peristiwa kedua pula adalah kematian isteri Rasulullah, Siti Khadijah dalam tahun yang sama yang membuatkan Rasulullah berada dalam keadaan duka. Kehilangan dua individu itu yang senantiasa menyokongnya membuatkan Rasullulah benar-benar ditimpa kesedihan.

5. Kerana murung, pergerakan dakwah Rasulullah menjadi perlahan sehingga akhirnya orang kafir Quraisy menganggu baginda membuatkan baginda beredar ke Taif. Di Taif pun baginda mengalami nasib serupa. Akhirnya baginda pulang ke Mekah.

6. Dilanda kemurungan yang berpanjangan, Allah swt. memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membawa Rasulullah melalui Israk atau maksudnya “dibawa berjalan” dan Mikraj ataupun “diangkat ke atas.”

7. Sebelum memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail terlah terlebih dahulu membedah dada Rasulullah saw. dengan membersihkan hatinya, membuang ketul hitam dan dicuci dengan air zam-zam. Kemudian hatinya diisi dengan segala kebaikan iman dan hikmah, kemudian dadanya dicantumkan semula.

8. Selesai pembedahan, didatangkan sejenis binatang bernama Buraq untuk ditunggang Rasulullah. Menurut pendapat, Buraq adalah binatang yang dihasilkan daripada cahaya dan berkebolehan bergerak sekelip mata.

9. Dengan menaiki Buraq, Rasulullah melalui beberapa tempat sambil diiringi Malaikat Jibrail. Setiap lokasi tersebut iaitu negeri Thaibah atau Madinah yang akan menjadi tempat penghijrahan, Bukit Tursina tempat Nabi Musa as. mendapat wahyunya dan Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa as. Pada setiap persinggahan, Rasulullah saw. akan bersolat dua rakaat.

10. Dalam perjalaan Israk, terdapat pelbagai gangguan dan petunjuk yang muncul. Kebanyakannya adalah petunjuk kepada amalan yang perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan umat Islam. Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah telah ditahan oleh seorang perempuan tua yang terbongkok-bongkok serta uzu, yang ingin bertanyakan sesuatu.

11. Malaikat Jibrail menjawab yang gambaran wanita itu adalah gambaran usia dunia pada ketika itu.

10. Selepas itu mereka tiba di lokasi Masjd Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, Palestin. Setiba Rasulullah saw. di sana, Malaikat Jibrail menguji Rasulullah dengan dua hidangan susu dan arak. Rasulullah saw. memilih susu sebagai minumannya.

11. Selesai proses Israk, Rasulullah diangkat ke langit melepasi tujuh lapis langit menaiki tangga yang datangnya dari syurga. Ini adalah permulaan proses Mikraj.

12. Sepanjang perjalanan menaiki tangga merentasi langit, Rasulullah saw. bertemu dengan Nabi Adam as, Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim.

13. Sampai di tingkat teratas, Rasulullah saw. telah sampai ke tempat yang dinamakan Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab yang membolehkan Rasulullah saw. melihat sendiri Allah swt. dengan matanya.

14. Allah swt. memerintahkan Rasulullah saw. mengangkat kepalanya dari sujud lalu memohonlah apa saja yang pasti Allah swt. perkenankan.

15. Lalu Rasulullah berkata,”Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil (sahabat baik) dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

16. Lalu Allah swt. memberitahu Rasulullah semula,” Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah (ayat Kursi) sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd (panji penghulu segala umat) maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

17. Selepas mendengar pesanan Allah swt. itu, Rasulullah saw. bermunajat lalu bertemu kembali dengan Nabi Ibrahim as. dan Nabi Musa as. Nabi Musa as. bertanya kepada Rasulullah saw. apa yang diperintahkan oleh Allah swt. kepadanya. Rasulullah pun berkata yang Allah swt. memerintahkan umatnya bersolat fardu 50 kali sehari.

18. “Kembalilah pada Tuhanmu kerana para pengikutmu tidak akan sanggup mengerjakan perintah itu,” kata Nabi Musa as.

19. Rasulullah pun kembali mengadap Allah swt. lalu memohon dikurangkan fardhu solat daripada 50 kepada 5 waktu. Melihat rayuan Rasulullah itu selepas sembilan kali Rasulullah saw. merayu, Allah swt. mengurangkan keperluan kewajipan solat 50 waktu menjadi 5 waktu dengan ganjaran yang sama dengan solat 50 waktu. Pada zaman itu, kewajipan bersolat 5 waktu belum ada dan hanya wajib solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat pada waktu petang/malam.

20. Rasulullah juga ketika dilangit dibawa melihat syurga dan neraka, kemudian beliau turun semula ke bumi kembali di Masjid al-Aqsa untuk kembali semula ke Mekah menaiki Buraq yang ditambat di Masjid al-Aqsa.

21. Rasulullah saw. melakukan perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis, diangkat kelangit bertemu para Rasul dan Allah swt., turun semula ke Baitul Muqaddis dan pulang ke Mekah dalam masa 1 malam sahaja.

Jika kita ukur jarak dari Masjid al-Aqsa ke Mekah menggunakan Google Maps, jarak yang kita akan perolehi adalah 1470.3 km. Harap kisah ini membantu anda mengagungkan kebesaran Allah swt.




| Abdul Hakiim Yakof |

TO MARK Israk Mikraj, one of the most significant events in the Islamic calendar, mass Subuh prayers were held in mosques, suraus and religious halls across the country yesterday, by the Ministry of Religious Affairs.

In the Brunei-Muara District, the Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah provided the main focal point, where Cabinet Ministers, deputy ministers, permanent secretaries, deputy permanent secretaries, senior officers, civil servants and personnel from higher learning institutions attended mass Subuh prayer led by Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

A Tazkirah titled, ‘Sembahyang Berjemaah Meraih Berkat’ (The Virtues of Praying in Congregation), was then presented by Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, the Deputy Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Setia Ali Mosque, Pekan Muara | Fizah HAB | THE Department of Mosque Affairs at the Ministry of Religious Affairs (MoRA) yesterday hosted mass Subuh prayers at mosques, suraus and religious halls across the country to commemorate the Israk Mikraj celebration. Present as the guest of honour at the Setia Ali Mosque in Pekan Muara was Minister of Defence II Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Also present were Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), services and joint force commanders, senior officers, officers, other ranks of the RBAF as well as civilian staff of the Ministry of Defence. The event began with the Subuh prayer led by Ustaz Haji Mohd Ali Sabri bin Haji Yusof, a lecturer at the Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, followed by a religious talk on the benefits of congregational worship by Ustaz Muskarisman Safari bin Haji Mustapha, from the Islamic Da’wah Centre. A mass recitation of Surah Al-Kahf was led by Ustaz Haji Mohd Ali Sabri, and the event concluded with the Doa Peliharakan Sultan dan Brunei Darussalam, recited by Mosque Affairs Officer of Setia Ali Mosque, Nasehin bin Yahya.

Sultan Sharif Ali Mosque, Kg Sengkurong | Rokiah Mahmud | IN CONJUNCTION with the Israk Mikraj celebrations, Minister at the Prime Minister’s Office Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud attended the mass Subuh prayers at the Sultan Sharif Ali Mosque in Kampong Sengkurong yesterday. The ceremony began with a mass Subuh prayer led by Muhammad Najib bin Haji Aliakbar from the Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, followed with a Tazkirah delivered by Ustaz Haji Yusof bin Haji Abdul Majid on the benefits of congregational worship. The ceremony concluded with the mass recitation of Surah Al-Kahf, led by Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor, Mosque Affairs Officer of Sultan Sharif Ali Mosque.

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply