Contact Form

 

Laman Rasmi Parti Warisan Sabah


PARTI Amanah Negara (PAN) ‘mengisytiharkan perang’ ke atas Parti Warisan Sabah apabila parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu didakwa memungkiri janji dengan meletakkan calon di kerusi milik PAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi PAN Sabah, Hamzah Abdullah mendakwa kerusi Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai diperuntukkan untuk parti itu berdasarkan persetujuan yang dicapai oleh pakatan pembangkang di peringkat nasional. Bagaimanapun, Warisan meletakkan Datuk VK Liew untuk bertanding di kerusi Batu Sapi dan Sarifuddin Hata di Merotai. “Warisan tidak mengotakan persetujuan yang dibuat dan menyukarkan pelbagai pihak di Sabah. Sekiranya mereka ikhlas untuk membentuk kerajaan seterusnya, mereka seharusnya boleh berkompromi,” katanya. Warisan mengemukakan 16 calon parlimen dan 44 calon DUN, sekali gus mengambil kerusi paling banyak pada pilihan raya kali ini. “Mereka seolah-olah sanggup bergaduh sesama sendiri, namun, rakyat akan mengadili mereka,” katanya. Hamzah turut menggesa Warisan untuk menarik balik calon mereka memandangkan PAN hanya bertanding dua kerusi di Sabah. “Kita akan keluar dan berdepan dengan mereka. Kita tidak akan menarik diri daripada kedua-dua kerusi terbabit. Hamzah akan bertanding di Batu Sapi sekali gus akan mencabar Liew, Norsah Bongsu (PAS) dan penyandang Linda Tsen Thau Lin (BN). Katanya, Warisan tidak mempunyai peluang untuk menang kerusi parlimen, memandangkan beliau bukan anak jati Batu Sapi. Malah, Liew turut kalah ketika bertanding pada pilihan raya lalu di bawah tiket BN selain dianggap sebagai calon kitar semula oleh penduduk tempatan. Di Merotai, calon PAN, Arbaani Akum bakal berdepan persaingan tujuh penjuru. Calon lain ialah Sarifuddin Ahmad Dullah (PAS), Lim Thing Khai (BN), Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon (Parti Harapan Rakyat Sabah) dan Mohd Nasir Sumadi (Usno).




By BORNEOTODAY REPORTERS SANDAKAN: For the last five general elections, Sani bin Mohamad cast his vote in (the State seat of) Sekong as well as the Batu Sapi parliamentary constituency. But for the GE14, Sani will not be voting. Most probably, somebody will be casting the vote ‘on his behalf’ as...

borneotoday.net


SANDAKAN : Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman bakal berdepan dengan pertandingan tiga penjuru untuk mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini. Musa, ditentang calon Parti Warisan Sabah dan Parti Kebangsaan Sabah. Parti Warisan Sabah meletakkan calonnya Asmara Abdul Rahman manakala Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah bakal beri saingan kepada Ketua Menteri Sabah itu. Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Libaran pada 9 pagi bersama pencadang Haji Amsain Jausin dan penyokong Datuk Haji Salzo Asa. Ketiga-tiga calon Parti Warisan paling awal memasuki dewan 9 pagi sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran. Keadaan hujan lebat sekitar pusat penamaan calon tidak menghalang penyokong dari BN dan Warisan daripada terus memberi sokongan. Pada 12 tengah hari, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Faridah Giau mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum. Bagi DUN Gum-Gum, calon BN Datuk Juslie Ajirol berhadapan pertandingan lima penjuru iaitu Arunarsin Taib (Warisan), Jamaluddin Lamba (PPRS), Joilin @ Christine Bugung (Parti Kebangsaan Sabah) dan Dahil Masdik (Parti Harapan Rakyat) Parlimen Libaran, menyaksikan pertandingan tiga penjuru daripada BN, Warisan dan Parti Harapan Rakyat. Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (BN) berdepan Irwanshah Mustapha (Warisan) dan Alfian Mansor (Parti Harapan).




KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) -- Berikut adalah senarai penuh calon Parti Warisan Sabah yang bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini:

N20 MOYOG - Jenifer Lasimbang (Anggota PKR yang bertanding menggunakan logo Warisan)



Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply