Contact Form

 

Adik Farid Kamil, Fadzil terkejut abang tampar polis


Farid Kamil ditahan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

"Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

"Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

"Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Mohd Zani turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas dia ditahan.

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.




KUALA LUMPUR 11 Jan. - Susulan berita penangkapan aktor Datuk Farid Kamil kerana didakwa menampar seorang anggota polis tengah hari tadi, laman sosial artis terkenal itu dihujani dengan komen bercampur baur daripada netizen.

FARID KAMIL akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sebilangan besar netizen terkejut dengan berita penangkapan pelakon dan pengarah filem yang juga suami kepada artis terkenal, Datin Diana Danielle itu kerana Farid selama ini terkenal dengan imej dan reputasi yang bersih.

Selain menzahirkan rasa terkejut, peminat-peminat Farid turut meninggalkan komen dan kata-kata semangat. “Saya tak percaya. Saya yakin itu hanya lakonan untuk filem baru kan?,” tulis @m_ismail_. Netizen yang menggunakan pengenalan diri @fuad_johor92 pula tidak percaya yang Farid menampar penjawat awam di balai polis. “Aku rasa bukan Farid yang gaduh kat balai sebab Farid baik je,” tulis fuad_johor92. Sementara itu, @sania_atkins pula mengharapkan berita penangkapan Farid itu saling tidak ubah sekadar khabar angin semata-mata. “Dah baca. Sungguh ke berita cakap dalam pengaruh dadah lagi tampar polis? Moga hanyalah khabar angin,” tulis sania_atkins. Farid yang baru saja bergelar Datuk ditahan di Balai Kota Damansara, Petaling Jaya tengah hari tadi selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik balai berkenaan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja. “Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah. “Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain komen-komen positif yang ditinggalkan di laman Instagramnya, terdapat juga netizen yang memberikan maklum balas kurang manis berikutan penangkapan Farid yang disifatkan mereka tidak sepatutnya berlaku. Sementara itu, Utusan Online berusaha menghubungi Diana bagi mendapatkan komennya mengenai berita penangkapan suaminya. Namun begitu, panggilan Utusan Online tidak dijawab oleh Diana. - UTUSAN ONLINE




Adik Farid Kamil, Fadzil terkejut abang tampar polis

KUALA LUMPUR - Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari terkejut apabila diberitakan tentang laporan abangnya itu mengamuk di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Menurut Fadzil, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis.

"Apa yang saya tahu, dia bukan begitu. Saya memang terkejut apabila dia ditahan oleh pihak polis dan didakwa menampar anggota polis dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan orang awam di dalam balai polis tersebut.

"Ibu dan bapa di kampung (Alor Setar) dan mereka sudah tahu tentang hal ini. Semoga mereka dikuatkan hati untuk berdepan dengan berita mengejutkan ini," ujar Fadzil yang juga merupakan seorang pelakon kepada Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - K! ONLINE




Actor Farid Kamil arrested for allegedly assaulting cop, civilian in police station

Actor Datuk Farid Kamil was arrested at the Kota Damansara police station for allegedly assaulting a traffic policeman and kicking a civilian there, January 11, 2018. — Malay Mail file picPETALING JAYA, Jan 11 — An actor prominent for portraying thugs and gangsters in movies was arrested today for allegedly assaulting a traffic policeman and a civilian at the Kota Damansara police station.

Datuk Farid Kamil, 37, who is married to actress Diana Danielle, allegedly slapped an officer across the face while he was at the Kota Damansara police station to report an accident.

Petaling Jaya police chief Assistant Commissioner Mohd Zani Che Din confirmed the incident, saying Farid was immediately arrested following the assault.

“After the arrest, we ran a urine test on him where he tested positive for marijuana,” he said.

Mohd Zani said Farid would be brought and presented before a magistrate at the PJ court on Friday morning to obtain a remand order.

The drama unfolded at the station around 1.20pm on Thursday, where Farid and another person had gone to report a traffic accident.

“When the officer on duty questioned Farid on how the accident took place, he instead flashed his mobile phone and a message that read ‘300 artistes borrowing money from loan sharks due to lack of jobs’.

“Just as the officer questioned Farid over the relevance of the message, he was slapped across his face,” he said.

Mohd Zani said the incident was witnessed by one other police corporal and three civilians.

He said the star of feature film Evolusi KL Drift then allegedly lashed out and kicked another civilian within the station.

“Immediately after the assault officers apprehended him and placed him in handcuffs. He cooled down after being detained,” he said.

Mohd Zani said the case was being investigated under Section 90 of the Police Act for misbehaving in a police station and for assault.

Farid’s first breakthrough role was when he was paired with popular actress Erra Fazira in the thriller Tujuh Perhentian in 2004.

Since then he has starred and directed in many movies which were box-office hits such as Anak Halal, Kala Bulan Mengambang, V3 Samseng Jalanan and Tombiruo.

Farid has also starred and directed local films such as Kongsi and PE3, while appearing on the small screen in shows such as Qanun 99, and Jodoh Itu Milik Kita, and made for TV movies such as Sedikit Waktu and Syukur Syawal.

When contacted by Malay Mail, Diana declined to comment on the arrest.

“Please let us deal with the situation at hand,” Diana told Malay Mail in a text message.

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply