SELEPAS hampir tiga tahun diburu, penjenayah paling dikehendaki di pantai timur, Keri Pok Jeng, yang juga terbabit dalam pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, akhirnya ditembak mati di Felda Neram Satu, dekat Chukai, hari ini. Keri atau nama sebenarnya, Syukri Mohamad Abiah, 37, terkulai selepas dua biji peluru mengenai kepala dan dadanya dalam aksi berbalas tembakan kira-kira 4.30 pagi. Polis percaya penjenayah ini bertindak sebagai pembunuh upahan dan suspek dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, sebelum kejadian sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu menerima maklumat berhubung seorang penjenayah bersembunyi di sebuah rumah dalam pembinaan di situ. Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan itu, polis kemudiannya pergi ke kawasan itu dan ketika cuba membuat tangkapan, suspek dikatakan bertindak melepaskan tembakan kepada anggota polis. “Polis kemudiannya membalas tembakan itu selepas membuat pemeriksaan polis dapati suspek sudah meninggal dunia. “Hasil pemeriksaan polis mendapati lelaki itu adalah penjenayah yang dikehendaki dengan melakukan lebih 12 kes jenayah termasuk kes bunuh, jenayah kekerasan, culik dan mendatangkan cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, malam ini. Fazlisyam berkata, hasil pemeriksaan polis berjaya menemui sepucuk pistol semi-automatik masih berisi sebutir peluru yang digunakan suspek serta sebilah parang. "Polis menemui 16 kelongsong peluru termasuk yang dilepaskan suspek dan polis di lokasi kejadian. Suspek dipercayai mula terbabit dengan jenayah pada 2001 iaitu mendatangkan cedera dan ugutan jenayah. "Suspek terbabit dengan banyak kes jenayah sehingga dia dikehendaki polis di Terengganu, Kelantan dan Pahang. "Menyedari dia menjadi buruan polis, suspek yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, sering berpindah randah dan menyembunyikan diri bagi mengelak ditangkap polis,” katanya. Katanya, suspek melakukan jenayah bersendirian dan tidak menyertai mana-mana kumpulan jenayah dan hanya menyembunyikan diri di dalam negara. “Polis percaya suspek terbabit dengan kes tembak mati seorang bekas ADUN dan dengan tumpasnya suspek, polis berjaya menyelesaikan banyak kes yang membabitkan suspek,” katanya. Berita berkaitan: • Pembunuh upahan ditembak mati • Bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah ditembak mati
KEMAMAN : Polis percaya kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah selesai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata ia susulan seorang penjenayah yang dipercayai suspek utama kes itu mati dalam insiden berbalas tembakan awal pagi tadi. Menurut Fazlisyam, dengan tertumpasnya suspek yang dikenali sebagai ‘Keri Pok Jeng’, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa lagi kes jenayah berat yang lain. “Dengan tumpasnya penjenayah ini, kita telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes jenayah yang berlaku di Pantai Timur termasuk kes pembunuhan ADUN Alor Limbat,” ujar Fazlisyam. Beliau juga tidak menolak kemungkinan suspek yang diburu sejak tahun 2015 itu turut bertindak sebagai pembunuh upahan. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi, suspek yang berusia 37 tahun itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis di sebuah kawasan pembinaan taman perumahan di Felda Neram Satu, Kemaman. “Kita tidak menolak kemungkinan bahawa dia membunuh atas motif dia sendiri atau mengambil upah. Itu saya tak boleh rumuskan lagi. "Tapi kita percaya, kemungkinan dia ada bertindak sebagai pembunuh upahan, berdasarkan kes-kes dan risikan yang dibuat. Kita percaya dia turut terlibat dalam kes (tembak mati) ADUN. "..sebab dala senarai dua belas kes tu memang dia ...tersenarai... Pada Oktober 2015, Alias mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang. Alias ditembak pada jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya selepas pulang dari solat Jumaat. Allahyarham yang memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat dari 2004 hingga 2008.
Fazlisyam (dua kiri) dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim (dua kanan) menunjukkan pistol dan parang milik suspek yang dirampas.
KEMAMAN - Penjenayah yang mati ditembak dalam insiden berbalas tembakan di Felda Neram 1, di sini, hari ini, dipercayai turut terlibat dengan kes tembak mati bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, tiga tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, suspek, Syukri Mohamad Abiah, 37, atau lebih dikenali sebagai Keri Pok Jeng yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan sangat dikehendaki polis kerana terlibat dengan lebih 12 kes jenayah berat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Katanya, ia membabitkan kes bunuh, mendatangkan kecederaan parah dan penculikan
"Suspek terlibat dengan jenayah sejak 2001 dan pernah ditangkap dan dipenjarakan namun selepas itu masih melakukan jenayah sehingga dia menjadi buruan polis sejak 2015.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba tembak anggota polis ]
"Menyedari dia jadi buruan polis, suspek licik menyembunyikan diri dan identitinya termasuk sering berpindah randah. Dia hanya berjumpa dengan orang-orang yang dia percaya saja," katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Dengan tumpasnya suspek, Fazlisyam berkata, polis percaya dapat menyelesaikan banyak kes berkaitan pembunuhan, mendatangkan cedera parah dan penculikan di pantai timur termasuk kes tembak mati Alias.
Bagaimanapun, katanya, bagi kes melibatkan Alias, beberapa siasatan lanjut masih perlu dilakukan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi di tapak pembinaan projek perumahan di Felda Neram 1, suspek maut terkena tembakan selepas salah sebuah rumah yang menjadi tempatnya bersembunyi diserbu.
Menurut Fazlisyam, sebelum kejadian itu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menerima maklumat seorang penjenayah bersembunyi di kawasan itu.
"Ketika serbuan dibuat berlaku insiden berbalas tembakan. Polis terpaksa mengambil tindakan melepas dan membalas tembakan bagi mempertahankan diri.
"Selepas situasi reda, pemeriksaan dilakukan dan didapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri serta telah meninggal dunia. Tembakan terkena pada bahagian dada kanan dan kepalanya," katanya.
Hasil serbuan itu, katanya, polis juga berjaya merampas sepucuk pistol dan sebilah parang.