Contact Form

 


KUALA LUMPUR : Bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah meninggal dunia selepas bertarung dengan barah hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC) sejak lima tahun lalu, di Hospital Universiti, Petaling Jaya sekitar jam 12.35 tengah hari tadi. Menurut adik ipar Allahyarham, Saleha Ali ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, Ishak, 65 tahun, dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Universiti sekitar jam 3 pagi tadi selepas mengalami kesukaran bernafas. "Allahyarham menghidap barah (tahap empat) dan barahnya sudah mula merebak termasuk ke tulangnya," kata Saleha. Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, Selangor dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan USJ22, Subang Jaya sekitar jam 6 petang tadi. Dilahirkan di Bota Kanan, Perak, Allahyarham Ishak pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar kumpulan The New Straits Times Press dari tahun 1972 hingga 1977 sebelum menjadi pengacara di syarikat penyiaran swasta TV3 tidak lama selepas itu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Aishah Ali dan tiga orang anak, Johan (Joe Flizzow), 38 tahun, Ashraf, 35 tahun, dan Iman, 28 tahun.










BEKAS personaliti televisyen, Ishak Nengah, 65, meninggal dunia pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi barah Nasopharyngeal carcinoma (NPC) atau barah hidung yang dihidapinya sejak 2011. Isteri Allahyarham, Aisyah Ali berkata, suaminya mengadu sukar bernafas, pada jam 4 pagi tadi dan beliau terus membawanya ke PPUM. “Saya sekeluarga sangat sedih tetapi reda, kerana pemergian beliau sangat mengejutkan,” katanya ketika dihubungi NSTP. Jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, dan akan dijangka disemadikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ22, Subang Jaya. Bekas pembaca berita TV3 dan pengacara rancangan di RTM1, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak, Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 36, dan Iman, 28.



Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply