Contact Form

 

Shahidan: We have asked Umno bosses to sack Perlis MB Azlan Man - Nation


ARAU: Datuk Seri Azlan Man sah menjadi Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, di sini, sebentar tadi. Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sekitar jam 11.10 pagi. Azlan Man, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. PRU-14 menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi. Istiadat itu sekali gus menamatkan krisis perlantikan Menteri Besar Perlis yang masuk hari ke-14 selepas PRU-14 pada 9 Mei lalu, susulan tindakan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengumumkan nama ADUN Tambun Tulan, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya, sebagai calon Menteri Besar yang baharu. Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur. Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.




KUALA LUMPUR: Nine Barisan Nasional state assemblymen from Perlis have rejected the appointment of Datuk Seri Azlan Man as the state’s Menteri Besar.

This was announced by Perlis Umno liaison committee chief, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, at the BN headquarters here today.

Shahidan also announced that the Perlis Umno liaison committee has sacked Azlan from Umno, effective immediately.

The decision to sack Azlan, he said, was done unanimously by Perlis Umno in a meeting today.

“This termination was also informed to Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who is now performing the duties of Umno president; and Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who is performing the duties of the deputy president,” he said.

All nine state assemblymen were present at the meeting.

Perlis Umno earlier had a two-hour meeting with Zahid and Hishammuddin.

The termination from Umno leaves Azlan as a Menteri Besar without a party.

Earlier on Thursday, Azlan was sworn in as Perlis Menteri Besar for a second term, in Istana Arau.

The swearing-in ceremony took place in the presence of the Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail around 11.10am.

In the 14th General Election, BN won 10 state seats while Pakatan Harapan seized only three seats and Pas, two seats.

Shahidan had previously named Tambun Tulang assemblyman, Datuk Ismail Kassim, who is also his brother, as the new Menteri Besar.

All nine BN assemblymen boycotted the swearing-in ceremony today. The even was attended by the PH and Pas assemblymen.


KUALA LUMPUR: Perlis Barisan Nasional chairman Datuk Seri Shahidan Kassim says that he and nine Barisan assemblymen have met with Umno’s top two leaders to ask that newly-sworn in Perlis Mentri Besar Datuk Seri Azlan Man be sacked from the party.

The meeting was with Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who has assumed the duties of Barisan chairman and Umno president, and deputy president Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Shahidan, who was re-elected as Arau MP in GE14, said that since Barisan had won 10 out of 15 seats in the recent election, Tambun Tulang assemblyman Ismail Kassim commanded the confidence of the majority to form the state government.

Ismail and Shahidan are brothers.

“Azlan Man not only has the minority, he has no support if you ask PKR or PAS,” said Padang Besar MP Datuk Zahidi Zainol Abidin.

“He should not have accepted the appointment when he does not have the support of the majority,” Shahidan told a press conference at Menara Tun Hussein Onn here Thursday.

Shahidan also appealed to Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, asking him not to interfere in the state government, and called on Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed to intervene in the mentri besar appointment.

Related stories:

BN men boycott swearing-in of Perlis MB

Azlan Man sworn in as Perlis MB for second term


PETALING JAYA:  Datuk Seri Shahidan Kassim menuntut supaya Menteri Besar Perlis yang baharu dilantik, Datuk Seri Azlan Man dipecat sebagai ahli Umno berkuatkuasa serta merta.

Pengerusi Perhubungan Umno Perlis itu berkata, cadangan pemecatan Azlan dibuat kerana beliau tidak mengikut keputusan parti itu berhubung calon menteri besar yang telah dipersetujui.

ARTIKEL BERKAITAN:  Raja Perlis murka tindakan Adun BN boikot majlis angkat sumpah MB

"Oleh kerana Azlan Man tak ikut keputusan BN, maka BN Perlis dan Umno Perlis menyarankan pemecatannya serta merta," katanya yang juga Pengerusi BN negeri pada sidang media sebentar tadi.

Menurut Shahidan, tuntutan supaya Azlan dipecat itu sudah dimaklumkan kepada naib presiden Umno yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas timbalan presiden.

Shahidan yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur, berkata Azlan sepatutnya menolak pelantikan itu kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti.

Sembilan Adun BN Perlis gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan yang berlangsung pada Khamis pagi, bagaimanapun ia dihadiri tiga Adun Pakatan Harapan (PH) dan dua Adun PAS.

"Mengikut pekeliling dihantar kita boleh lakukan pemecatan kepada mana-mana pihak yang berunding dengan pihak lain tanpa kebenaran kita.

Jelas Shahidan keputusan mengenai cadangan pemecatan Azlan akan diputuskan Umno Pusat.

"Umno boleh pecat Tun Daim, Rais Yatim... kami pun pecat dialah (Azlan). Kami minta dia dipecat berkuatkuasa hari ini tapi (Umno) Pusat kena maklum (keputusan)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahidan berkata Ahmad Zahid sudah menandatangani watikah pertama pelantikan MB Perlis sebaik sahaja beliau memenang jawatan sebagai pengerusi BN.

"Kita dah minta setiausaha agung tandatangan watikah pertama, dia sign dan setuju... lepas tu Zahid sign apabila beliau pegang jawatan pengerusi BN," katanya.

Pada masa sama, Shahidan berkata sembilan Adun BN yang memboikot upacara majlis angkat sumpah Azlan pada Khamis akan menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail seminggu sebelum Aidilfitri.

"Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap Tuanku dan meminta Tuanku melantik MB yang dicalonkan pengerusi BN (Ahmad Zahid)," katanya.

Malah Shahidan turut meminta campur tangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan krisis yang melanda negeri itu.

"Kami memohon supaya Tun Dr Mahathir campur tangan dan kaji semula kuasa melantik menteri besar.

"Apakah boleh dipilih mengikut kehendaki hati atau keputusan majoriti?," soalnya.



Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply