Contact Form

 

Dr M: JASA, JKKKP, PEMANDU, MPN, SPAD akan dibubarkan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan - Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi  nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.

"Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya  fikir kita pun ada kepintaran," katanya semasa sidang akhbar mesyuarat pertama Kabinet  di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Dalam kes JKKKP yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

"Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran.

"Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya.

Begitu juga, katanya, MPN yang peranannya untuk menyediakan maklumat akademik kepada kerajaan beralih menjadi badan politik yang digunakan untuk menyokong kerajaan BN.

"Pada mulanya, MPN satu badan yang kita guna untuk dapat maklumat daripada orang yang ada pengetahuan tinggi tetapi akhir-akhir ini banyak unsur politik sehingga mereka dipergunakan untuk mendokong kerajaan.

"Sebab itu kita tidak mahu ulang amalan-amalan tidak baik yang dibuat kerajaan terdahulu," katanya.

Mengenai SPAD, Mahathir berkata, peranannya akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Kerajaan juga, menurut beliau, akan mengkaji membubarkan agensi penasihat lain yang dibentuk di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berkata keputusan memansuhkan agensi dan insitusi terbabit dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu.

"Kita sudah kenal pasti banyak perbelanjaan dalam bajet yang lama, projek yang lama yang boleh kita kurangkan, jumlahnya berbilion juga tetapi tidak dapat beri secara terperinci.

"Sebanyak mana yang kita dapat kurangkan perbelanjaan kerajaan, sudah tentu ada projek yang mungkin gugur ada yang mungkin kita hentikan ada juga mungkin kita adakan rundingan semula untuk kurangkan kos setakat kita mampu bayar sahaja," katanya.

Perdana menteri berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah.

Mengenai perkara berasingan, Mahathir berkata kerajaan juga akan mengkaji semula projek yang dimulakan semasa pentadbiran beka perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini termasuk projek projek Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan Lebuhraya Pan Borneo.

"Kita sedang mengkaji mana satu kita batalkan, mana satu diteruskan, mana satu saya akan tangguhkan sehingga satu tarikh yang akan datang."




PUTRAJAYA: Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today announced that the National Council of Professors, the Special Affairs Department (JASA), the Land Public Transport Commission (SPAD) as well as the Federal Village Development and Security Committee (JKKP) will all be dissolved.

On the dissolution of the National Council of Professors, Dr Mahathir said he found that it had been riddled with too many political elements which led to it being abused by the previous administration.

“It started as a body which we use to gain knowledge from academicians. But of late, it has many political elements, so we do not want a repeat of this practice.

“On whether another (agency or council) will be formed, we don’t know yet,” he said.

On the dissolution of SPAD, Dr Mahathir said the commission’s functions would be taken over by the Transport Ministry.

JASA and JKKP, he said, would be dissolved due to political elements.

“JKKP will be dissolved because of political elements, not because of its administration. We have civil servants who can perform these roles. We will also not be paying any compensation to the JKKP as we do not want to continue the political practices of the previous administration,” he said.--Reports by Azura Abas, Manirajan Ramsamy, Mohd Husni Mohd Noor and Hazwan Faisal Mohamad


PUTRAJAYA 23 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama pentadbirannya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mengulas mengenai pembubaran SPAD, Dr. Mahathir berkata, tugas-tugas Suruhanjaya itu akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.

Selain hanya menyatakan JASA dibubarkan, Dr. Mahathir berkata pembubaran JKKKP adalah berikutan unsur-unsur politik.

Berhubung pembubaran MPN, beliau berkata, pihaknya mendapati banyak unsur-unsur politik telah mempengaruhi majlis itu sehingga telah dipergunakan pentadbiran dahulu.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah. - UTUSAN ONLINE



Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply