Neelofa kata dia tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran tudungnya..
LANGKAH selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.
Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.
Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Blogger Akui Lalai Dibuai Muzik Kelab Malam Pada Pelancaran Be Lofa
"Secara umumnya, mengikut asas prinsip dalam Islam tidak salah jika seseorang itu mahu mempromosikan atau melancarkan produk di kelab malam.
"Dalam sejarah Islam juga ada mengisahkan tentang pendakwah yang pernah masuk ke tempat tersebut dengan tujuan berdakwah hanya untuk 5 hingga ke 10 minit dan kemudian dia keluar.
"Sebagai contoh, Neelofa boleh lancarkan tudung di kelab malam dan jelaskan kebaikan memakai tudung tapi hanya sekadar itu sahaja," kata Pahrol kepada mStar Online.
Antara aksi-aksi tarian yang mengundang kecaman netizen.
Bagaimanapun, kata Pahrol, yang menjadi haram apabila acara atau majlis tersebut disertakan dengan elemen-eleman yang menyalahi syariah seperti beraksi dengan tarian.
Tambah Pahrol lagi, jika seseorang itu melakukan sesuatu dan perkara tersebut boleh mengundang terjadinya fitnah, ia adalah haram atau berdosa.
"Tak salah nak buat sesuatu kelainan. Cuma, ia akan jadi haram apabila ada elemen yang menyalahi syariah Islam seperti wanita beraksi dengan tarian.
"Dalam Islam jika mahu membuat promosi produk mesti mematuhi peraturan dari Allah. Namun, tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sudah dikira mengundang fitnah adalah berdosa.
"Jadi, tak perlulah melakukan sesuatu mengundang fitnah. Kelab malam sudah sinonim dengan minuman keras dan perkara yang menyalahi syariah Islam," ujarnya.
Dalam pada itu, menerusi sidang media pada pelancaran tersebut pada malam Isnin, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema.
Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain.
PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan selebriti, Neelofa supaya bertaubat susulan tindakannya menganjurkan majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara pada Isnin.
Malah Harussani turut menasihatkan semua pengunjung beragama Islam yang hadir pada majlis itu untuk sama-sama bertaubat kerana mendekati tempat maksiat.
“Kalau dah tempat tu ada tari-menari dan kelab malam, selalunya ia adalah tempat maksiat. Maka, ia tidak seharusnya dikunjungi oleh sesiapa pun yang beragama Islam.
“Walau apapun tujuannya sama ada ia untuk berniaga atau mempromosikan barangan... tetap tidak boleh,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Salah Lancar Tudung Dalam Kelab Tapi Berdosa Jika Undang Fitnah - Ustaz
ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan Imej Hijab Dengan Kelab Malam, Ahli Akademik Tegur Neelofa
Harussani berpandangan bahawa tindakan umat Islam ‘menghidupkan’ kelab malam dengan penganjuran majlis sebagai bersubahat dengan tempat maksiat.
“Haram hukumnya. Dia bersubahatlah kerana ‘menghidupkan’ kelab malam tu. Berniaga tudung di tempat yang haram, haramlah jadinya,” katanya sambil menegaskan bahawa kelab malam lazimnya merupakan tempat yang tidak baik dan mendorong kepada perbuatan maksiat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua umat Islam perlu berhati-hati dalam mencari sumber pendapatan yang halal.
“Saya nasihatkan supaya kita berhati-hati. Biar kita mencari nafkah secara halal, janganlah kita melibatkan dengan perkara-perkara yang melanggar syarak.
“Wajib dia (Neelofa) bertaubat. Semua, siapa saja yang berada pada majlis itu di kelab malam,” kata Harussani.
Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara.
Malahan, wanita bertudung yang menari dengan aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa turut dikecam hebat.
Menerusi sidang media pada pelancaran tersebut yang berlangsung pada Isnin malam, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema.
Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain.
Terdahulu, mStar Online melaporkan, langkah selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya itu di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.
Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.
Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.
MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menulis surat terbuka menerusi laman Web rasminya berhubung majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran pengacara dan pelakon Neelofa di pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam. “Assalamualaikum WBT. Kami menerima berita hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. “Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan itu. “Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini. “Tudung lambang kehormatan wanita. Tudung simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. “Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan. “Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu. “Mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya. “Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. “Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai reda Ilahi. Jika bukan reda-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini? “Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. “Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan. “Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. “Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat. “Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. “Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. “InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita. “Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai ‘wanita besi’ dan ‘gergasi’ dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya di sini tiga perkara: (i) Tanyalah ulama sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT. “Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. Akhukum fillah,”
“NEELOFA perlu bertaubat.” Itu komen ringkas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa mengadakan majlis pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu negara, malam tadi. Harussani berkata, umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat dan hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak. “Sekiranya ada unsur berkenaan, Neelofa perlu bertaubat dan jangan ulang lagi,” katanya. Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan Neelofa itu salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat. "Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram. "Apapun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada Harian Metro. Mohd Yusof berkata, Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu. "Mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya elok dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu," katanya. Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak. “Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan. “Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” katanya.