Contact Form

 

Anak pesara kini boleh beli rumah PPA1M


KUALA LUMPUR: Anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Katanya, keputusan itu membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan 'landed' dan berstrata. "Pada malam ini, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sudah bersetuju untuk membenarkan anak-anak pesara kerajaan untuk membeli rumah PPA1M, ada kemungkinan pesara semua sudah ada rumah. "Tetapi anak-anak pesara juga boleh memiliki rumah PPA1M walaupun mereka tidak bekerja dengan kerajaan," katanya berucap pada Majlis Khidmat Bakti Tahun 2018, di sini malam ini. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut butiran mengenai perkara itu. Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan kontrak. Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kemudahan perubatan yang dinikmati oleh ibu bapa penjawat awam akan dapat terus dinikmati mereka walaupun penjawat awam berkenaan sudah bersara. Sementara itu, Ali mahu pesara kerajaan kekal membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan dengan baik bagi menghindarkan maklumat tidak tepat viral kepada rakyat sekali gus menjejaskan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara. Beliau juga menyarankan pesara kerajaan berkongsi pandangan mengenai kerajaan melalui landasan atau platform yang betul bagi menjaga kredibiliti dan imej perkhidmatan awam. Katanya, pesara kerajaan yang juga pengasas dan tunjang kepada dasar-dasar yang sudah diperkenalkan perlu aktif menyumbang idea dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi antara 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2050. - BERNAMA




KUALA LUMPUR: Peluang diberikan untuk anak pesara memiliki rumah mampu milik, Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) disifatkan sebagai usaha murni kerajaan membalas budi kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata ini berikutan dianggarkan 60 peratus daripada penjawat awam di negara ini, khususnya yang berada di bawah paras gaji RM3,000 masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. "Ada kakitangan yang 'setia' bekerja 30 hingga 40 tahun tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. "Justeru, saya berasakan peluang diberikan ini sebagai usaha murni kerajaan terhadap penjawat awam, kerana masih memikirkan kebajikan ahli keluarga kakitangan, tanpa melihat di sektor mana anak pesara kerajaan ini bekerja. "Sekurang-kurangnya ibu bapa yang tidak mampu membeli rumah ini boleh menumpang teduh di rumah anak mereka kelak," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam, berhubung anak pesara kerajaan berpeluang membeli rumah mampu milik PPA1M berharga dalam lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan 'landed' dan berstrata. Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan kontrak. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, turut menyokong baik peluang diberikan kerana rumah adalah keperluan asas. Bagaimanapun, beliau menyarankan kerajaan untuk mengkaji secara keseluruhan harga rumah ditawarkan, supaya bersesuaian dengan tangga gaji rakyat negara ini. "Secara purata, graduan yang baru bekerja ditawarkan gaji kurang RM3,000. Dengan kos hidup termasuk hutang pinjaman, sukar untuk mereka memiliki rumah pada usia muda," katanya.




KUALA LUMPUR: The children of government pensioners now have the opportunity to buy affordable houses under the 1Malaysia Civil Servant Housing Scheme (PPA1M), Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa said.

He said this followed the Government's decision to allow the children of government pensioners to buy houses ranging from RM150,000 to RM300,000 for landed or strata unit.

"Tonight, I would like to announce that the Government has agreed to allow children of government pensioners to buy PPA1M houses.

"It is possible that all pensioners already have their own houses, but their children can also purchase PPA1M houses even though they are not working with the government," he said in his speech at the 2018 "Khidmat Bakti" Programme here on Wednesday (Jan 10) night.

Ali, however, did not elaborate on the details.

At the event, he also announced that the medical facilities enjoyed by parents of civil servants would continue even after they (the public servants) retired.

Meanwhile, Ali called on all government pensioners to continue helping the Government by properly disseminating government information and policies to avoid inaccurate information going viral, which could undermine economic stability and national development.

He also advised government pensioners to share views on the Government through proper platforms to maintain the credibility and image of the civil service.

He said government pensioners, who were the founders and backbones of introduced policies, should actively contribute to the idea of realising Malaysia's desire to be among the top 20 countries in terms of economic development and championing the well-being of the people by 2050. - Bernama


THE children of government pensioners now have the opportunity to buy affordable homes under the 1Malaysia Civil Servant Housing Scheme (PPA1M), said Chief Secretary to the Government Dr Ali Hamsa.

He said this followed the government’s decision to allow the children of government pensioners to buy houses ranging from RM150,000 to RM300,000 for landed or strata units.

“Tonight, I would like to announce that the government has agreed to allow children of government pensioners to buy PPA1M houses.

“It is possible that all pensioners already have their own houses, but their children can also purchase PPA1M homes even though they are not working with the government,” he said in a speech at the 2018 Khidmat Bakti Programme in Kuala Lumpur last night.

However, he did not elaborate on the details.

At the event, he also announced that parents of civil servants would continue to enjoy medical facilities and benefits after their children had retired.

He called on government pensioners to continue helping the government by properly disseminating information and policies to prevent inaccurate claims from being viralled, which could undermine economic stability and national development.

He also encouraged them to share their views on the government via the proper platforms to maintain the credibility and image of the civil service. – Bernama, January 11, 2018.

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply