Contact Form

 

Shahnon Ahmad meninggal dunia


BANGI: Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang dekat sini, kira-kira jam 8 pagi ini. Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Saifullizan Yahaya, berkata beliau dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Asrul Sani. "Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur hari ini," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi. Shahnon, 84, meninggal dunia akibat pneumonia, meninggalkan seorang balu dan empat anak. Allahyarham yang terkenal dengan karya seperti 'Ranjau Sepanjang Jalan', juga pernah membuat kejutan dalam dunia politik tanah air apabila menewaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Dr Abdul Hamid Othman di kerusi Parlimen Sik pada pilihan raya umum 1999 dengan kelebihan 478 undi. Beliau menjadi Anggota Parlimen Sik bagi tempoh 1999 hingga 2004.




KUALA LUMPUR: Negara hari ini kehilangan tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada kesusasteraan negara apabila Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, pagi tadi.

Anak bongsunya, Asrulsani Shahnon berkata, bapanya yang sudah hampir enam bulan tinggal bersamanya di Bandar Baru Bangi, meninggal dunia akibat paru-paru berair kira-kira jam 7.30 pagi.

"Bapa saya dimasukkan ke Hospital KPJ, Kajang sejak beberapa hari lalu dan jenazahnya akan diuruskan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada selepas Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.

Shahnon yang dilahirkan di Sik, Kedah, meninggalkan isterinya, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat orang anak.

Shahnon bukanlah satu sosok biasa kerana ketokohannya tidak hanya diperlihatkan dalam bidang kesusasteraan malah turut terpamer sebagai seorang ahli akademik hingga melangkaui kepada arena politik negara.

Shahnon yang disebut sebagai identiti dunia kesusasteraan Melayu moden dan bahasa Melayu menjadi penerima kedua penobatan Anugerah Sastera Negara (ASN), iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada tahun 1982.

Ketokohannya menyebabkan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menyamakan Shahnon dengan penulis barat paling berpengaruh abad ke-19, Victor Hugo, pada penganugerahan ASN itu.

Sebagai pengarang, Shahnon kritis dan lantang dalam memaparkan pemikirannya melalui karya yang tidak sekadar mengungkapkan perihal kehidupan masyarakat kota dan mereka di desa tetapi rencam dengan perihal kehidupan serta sosio ekonomi orang Melayu hingga mencakupi kepada isu politik dan agama.

Kewibawaannya sebagai seorang novelis tidak dapat disangkal dengan kelahiran pelbagai karya daripada Rentung yang diterbitkan pada 1965, Menteri (1967), Srengenge (1973), Seluang Menodak Baung (1978), Tunggul-Tunggul Gerigis (1988), Tivi (1995) dan Igauan Dan Cerita-Cerita Lain (1996).

Novel Ranjau Sepanjang Jalan yang diterbitkan pada tahun 1966 menandakan puncak kejayaan Shahnon dalam penulisan malah novel itu bukan saja diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul No Harvest But A Thorn malah ia juga turut dipilih The Sydney Morning Herald sebagai satu antara 10 novel yang terpenting bagi tahun 1972.

Shahnon terampil sebagai seorang yang tersendiri, pemikir serta pengkritik yang kritis. Uniknya, beliau bukan saja memiliki perspektif terhadap karya penulis sezamannya malah pada karya beliau sendiri.

Buktinya, Shahnon tidak malu menolak Ranjau Sepanjang Jalan selepas ramai pengulas sastera beranggapan novel itu menyimpang daripada nilai Islam.

Sebagai seorang sarjana, Shahnon juga merakam sejarah tersendiri apabila beliau menjadi ahli akademik pertama negara yang diberi gelaran Prof Emeritus pada 1993.

Tidak sekadar menggoncang dunia sastera dan menonjolkan sumbangan tersendiri dalam dunia akademik, Shahnon juga mula diberi perhatian mereka di luar lingkungan sastera apabila menghasilkan novel satira politik, Shit.

Novel yang diterbitkan pada tahun 1999 itu memaparkan ketahanannya yang tersendiri ketika politik negara berkecamuk dengan aliran pemikiran dua tokoh pemimpin kanan negara pada ketika itu.

Tidak hanya menjadi pengarang paling banyak dihimpit kontroversi, Shahnon juga berkebolehan dalam politik dan pembabitannya dalam dunia siasah menyaksikan beliau pernah menyertai PAS bertanding dan kemudian memenangi pilihan raya kawasan Parlimen Baling.


Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ, Kajang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas ahli parlimen Sik dilapor menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Saifullizan Yahaya, berkata beliau dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Asrul Sani.

"Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur hari ini," katanya seperti dilapor BH.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Dilahirkan pada tahun 1933 di Sik Kedah, Shahnon mula menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada 1956.

Sejak itu nama Shahnon semakin dikenali dan karya-karyanya banyak mengetengahkan isu masyarakat dan soal kemiskinan.

Antara novel terkenal beliau ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1966) yang dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat ke layar perak pada 1983.

Selain itu, novel Srengenge (1973) dipilih sebagai novel terbaik dan memenangi Panel Hadiah Karya Sastera 1973.

Selain terlibat dalam dunia sastera, penerima anugerah Sasterawan Negara pada 1982 ini juga pernah bergiat aktif dalam politik.

Allahyarham menyandang jawatan ahli Parlimen Sik mewakili PAS dari tahun 1999 hingga 2004.




PETALING JAYA: National laureate Datuk Dr Shahnon Ahmad (pic) passed away on Tuesday morning due to pneumonia. He was 84.

His son Asrol Shahnon said his father died at KPJ Hospital in Kajang where he was warded for the past five days.

"His remains will be prepared for burial at Surau Madani, Section 3, Bandar Baru Bangi and will be buried after zohor prayers at the Sungai Tangkas Muslim cemetery," he said when contacted.

Dr Shahnon, a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia, was awarded with the National Literary Award in 1982.

He was also a former PAS member of Parliament after winning the Sik constituency in Kedah in the 1999 general election, but did not defend his seat in the subsequent polls.

The renowned novelist had also won several awards such as The Champion of Literature (1976), Asean Literary Prize (1990) and Mastera Literary Award (2010, 2011).

Some of his notable published works include Maha Maha ("Great Worlds", 1999) and Muntah ("Nausea", 2000).

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply