Contact Form

 

Cikgu Azizan dilepaskan


SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan guru dikenali sebagai Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama proses perbicaraan. Azizan diwakili peguam Francis Pereira. Lebih 300 orang yang menyokong Cikgu Azizan termasuk guru dan penduduk sekitar Taman Semarak, selain wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi. Mereka bersorak apabila Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik. Cikgu Azizan ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan berkenaan dan memberi jaminan kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus mendidik.




BANDAR BARU NILAI: "Saya akan menjelaskan apa yang berlaku esok," kata bapa kepada murid dalam kes pendakwaan Cikgu Azizan yang menarik perhatian ramai. Lelaki berusia 50 tahun itu yang enggan namanya disiarkan, berkata mereka belum bersedia ditemui media kerana menerima terlalu banyak tekanan. "Saya belum bersedia untuk ditemubual kerana menerima terlalu banyak tekanan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. "Saya akan menjelaskan mengenai apa yang berlaku esok. Buat masa ini kami menerima terlalu banyak tekanan," katanya lagi. Terdahulu, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. Azizan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun. Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu. Azizan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Guru berkenaan yang diwakili peguam, Francis Pereira, sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 31 Oktober lalu sebelum perbicaraan ditetapkan bermula hari ini. Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman meminta orang ramai tidak menghakimi murid terbabit dan keluarganya. "Bapa murid berkenaan membuat laporan polis kerana diminta oleh pihak hospital selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan selepas kejadian. "Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya. Beliau berkata, murid berkenaan dan keluarganya sewajarnya diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang selepas ini.




A teacher asks whether Azizan’s experience means they should now close their eyes to the wrongdoings of their students.


SEREMBAN: Azizan Manap, 44, was seen wiping away tears as soon as he was discharged by the Seremban Magistrate's Court here today, from a charge of assaulting a pupil in April this year.

Magistrate Mohd Zaki Abd Rahman made the decision after deputy public prosecutor Hazeelya Muhammad informed that the prosecution had received instructions from the Attorney-General's Chambers to withdraw the charge.

More than 300 supporters, who waited outside the court, cheered as soon as Azizan appeared after the decision was meted out by the magistrate.

Clad in a blue shirt, Azizan, better known as Cikgu Azizan, said he had forgiven the pupil and the pupil's family behind the court case. He said he also prayed for the student's wellbeing in the future.

"I forgive my student. I hold no grudge against him and his family members. I sincerely hope that he will be a good son to his parents," he said.

Azizan had arrived at the court at 8.30am, accompanied by National Union of the Teaching Profession (NUTP) president Kamarozaman Abd Razakin and other NUTP members, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president, Datuk Azih Muda, as well as family members and fellow teachers.

He appeared calm and composed despite being shouted at by a man, believed to be a family member of the defendant, who was waiting outside the court.

"I want to thank everyone who has been supporting me from day one. NUTP, family members, fellow teachers nationwide and everyone, from the bottom of my heart, thank you very much.

"I take this episode with a pinch of salt and it will not dampen my spirit to continue educate my students to help them become better people," he said.

Azizan, who was the school senior assistant in charge of student affairs, said, he looked forward to resuming his duty as a teacher.

On whether he would return to SK Taman Semarak, Azizan said, he would let the Education Ministry decide on the matter.

According to the charge sheet, Azizan, a teacher from Sekolah Kebangsaan Taman Semarak Nilai, had allegedly assaulted an 11-year-old pupil at the school's assembly area on Apr 6 at 7am.

He was charged under Section 323 of the Penal Code which deals with punishment for voluntarily causing hurt, on Oct 31 at the Magistrate's Court here.

Azizan was represented by lawyer Francis Pereira.

Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply