Contact Form

 

Alhamdulillah, kemenangan untuk Cikgu Azizan [METROTV]


SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan guru dikenali sebagai Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama proses perbicaraan. Azizan diwakili peguam Francis Pereira. Lebih 300 orang yang menyokong Cikgu Azizan termasuk guru dan penduduk sekitar Taman Semarak, selain wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi. Mereka bersorak apabila Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik. Cikgu Azizan ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan berkenaan dan memberi jaminan kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus mendidik.




Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan yang dituduh  mencederakan muridnya, Oktober lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini. Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad memberitahu pihaknya menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan. Azizan yang memakai kemeja biru dilihat tiba di mahkamah pada 8.30 pagi. Dianggarkan 300 orang terdiri daripada guru, ibu bapa, penduduk setempat, ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menghadiri perbicaraan itu. Turut dilihat hadir Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razikin dan Setiausaha Agungnya Henry Tan Huat Hock. Cikgu Azizan bersama sebahagian yang hadir memberi sokongan kepadanya berdoa sebelum perbicaraan bermula. FOTO Iqmal Haqim Rosman Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) Datuk Azih Muda. Mereka mula memenuhi perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi secara berperingkat. Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah sebelum dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu.




SEREMBAN: Azizan Manap, 44, was seen wiping away tears as soon as he was discharged by the Seremban Magistrate's Court here today, from a charge of assaulting a pupil in April this year.

Magistrate Mohd Zaki Abd Rahman made the decision after deputy public prosecutor Hazeelya Muhammad informed that the prosecution had received instructions from the Attorney-General's Chambers to withdraw the charge.

More than 300 supporters, who waited outside the court, cheered as soon as Azizan appeared after the decision was meted out by the magistrate.

Clad in a blue shirt, Azizan, better known as Cikgu Azizan, said he had forgiven the pupil and the pupil's family behind the court case. He said he also prayed for the student's wellbeing in the future.

"I forgive my student. I hold no grudge against him and his family members. I sincerely hope that he will be a good son to his parents," he said.

Azizan had arrived at the court at 8.30am, accompanied by National Union of the Teaching Profession (NUTP) president Kamarozaman Abd Razakin and other NUTP members, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president, Datuk Azih Muda, as well as family members and fellow teachers.

He appeared calm and composed despite being shouted at by a man, believed to be a family member of the defendant, who was waiting outside the court.

"I want to thank everyone who has been supporting me from day one. NUTP, family members, fellow teachers nationwide and everyone, from the bottom of my heart, thank you very much.

"I take this episode with a pinch of salt and it will not dampen my spirit to continue educate my students to help them become better people," he said.

Azizan, who was the school senior assistant in charge of student affairs, said, he looked forward to resuming his duty as a teacher.

On whether he would return to SK Taman Semarak, Azizan said, he would let the Education Ministry decide on the matter.

According to the charge sheet, Azizan, a teacher from Sekolah Kebangsaan Taman Semarak Nilai, had allegedly assaulted an 11-year-old pupil at the school's assembly area on Apr 6 at 7am.

He was charged under Section 323 of the Penal Code which deals with punishment for voluntarily causing hurt, on Oct 31 at the Magistrate's Court here.

Azizan was represented by lawyer Francis Pereira.


PETALING JAYA: Kisah mengenai seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Azizan telah menarik perhatian ramai hingga menghangatkan negara ini sejak beberapa hari lalu.

Kekecohan mula memuncak apabila netizen bersatu hati menyelar dakwaan yang dibuat oleh pihak ibu bapa pelajar terhadap Cikgu Azizan dan mengheret guru tersebut ke mahkamah.

Tidak terkecuali, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut mengeluarkan kenyataan seolah-olah 'merestui' tindakan kumpulan guru yang ingin menyatakan sokongan terhadap Cikgu Azizan.

"Saya tiada halangan sekiranya warga guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.

"Setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakan mereka sendiri dan isu kehadiran di mahkamah ini adalah hak peribadi masing-masing," katanya menerusi 'posting' yang dimuat naik di Facebook pada petang Isnin.

Tambah beliau, sesiapa juga akan menghadirkan diri untuk memberikan sokongan sekiranya perkara tersebut berlaku ke atas rakan mereka, termasuklah golongan guru.

Sementara itu, pengguna Facebook, Hasnida Mat Isa berkata, dia berharap ada akta di negara ini yang boleh melindungi hak guru.

"Soal keselamatan kami... guna kenderaan sendiri untuk acara ko-kurikulum, jadi kemalangan... kami yang akan disaman.

"Membantu anak-anak didik dari menjadi mangsa sumbang mahram... silap hari bulan... kami juga mungkin disaman. Jadi, harap sangat Datuk (Mahdzir) berbuat sesuatu," katanya.

Manakala, Norhayati Ab Wahab pula berkata, guru di negara ini mahu mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang isu tidak menyediakan khidmat guaman dalam kes membabitkan Cikgu Azizan.

"Kenapa KPM tidak menyediakan khidmat guaman membela Cikgu Azizan, sebaliknya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang bertindak membela?" soalnya.

Terdahulu Bernama melaporkan, KPM berharap segala permasalahan yang timbul di sekolah khususnya antara guru dan pelajar dapat diselesaikan secara muafakat dan tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata sebarang permasalahan boleh diselesaikan menerusi jawatankuasa permuafakatan di sekolah yang berfungsi sebagai platform perbincangan.



Total comment

Author

fw

0   comments

Cancel Reply